TOKOH PAS SELANGOR

Sempena Sambutan Jubli Emas PAS Peringkat Negeri  28 & 29 Julai 2001 di Taman Melewar 

Datuk Dr. Hj. Abbas Bin Alias

 


ANUGERAH JASA MU DIKENANG

Sempena Sambutan Jubli Emas PAS Peringkat Negeri  28 & 29 Julai 2001 di Taman Melewar

Y.B Senator Ustaz Hj Hassan Hj Shukri

Cikgu Awang Ansari bin Ahmad

Allahyaraham Ustaz  Thanawi bin Dahlan

Tuan Hj Hamdan bin Hj Bakri

Allahyaraham Tuan Guru Hj Abd Hakim bin Abdullah

Tuan Hj Ahmad @ Anas bin Sulaiman

Puan Hajah Muslimah bte Marsiman

Puan Hajah Khadijah bte Muhamad

 

 

 

 


BIODATA DATUK DR. HJ ABBAS BIN ALIAS

Dilahirkan pada 1914 di Jugra, Pekan Banting, Datuk  Dr. mendapat pendidikan awal di Anglo Chinese School di Kampung Poh Sitiwan Perak sehingga darjah 7 pada waktu itu dan melanjutkan pelajaran menengahnya ke King Edward School di Taiping seterusnya berjaya ke Universiti Malaya Singapore pada sekitar 1931 dalam bidang Sarjana Muda Perubatan. Bapa Datuk  Dr. adalah pernah menjadi Kadhi di Sitiawan Perak. Beliau berkahwin dengan Toh Puan Hajah Azizah  yang berasal dari Terengganu dikurniakan seramai 6 orang anak dan 30 cucu serta 1 cicit .

Beliau mula bekhidmat dalam bidang kedoktoran sebagai Doktor di General Hospital Kuala Lumpur pada 1938. Pernah berkhidmat menjadi Second Man di Town Board Kuala Lumpur, di Pahang, di Melaka, Terengganu dan PErakDatuk Dr juga pernah memberikan khidmat perubatan kepada jamaah haji melalui Lembaga Urusan Tabung Haji. Selepas bersara dari Perkhidmatan Kerajaan, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Universiti Hospital Kuala Lumpur selama 7 tahun. 

Penglibatan dalam parti Datuk Dr. merupakan salah seorang pengasas PAS ini dilihat dari nombor keahlian PAS merupakan ahli yang ke 5.

Kronologi Perisitiwa penting sepanjang Penglibatan Datuk Dr Hj. Abbas Alias dipilih sebagai Yang Dipertua Agung. ( dipetik dari Kronologi Pertitiwa Penting 40 Tahun PAS ) 

 

Di atas sumbangan beliau yang bermakna kepada umat Islam dan negara serta pengitirafan dalam profesion kedoktorannya, maka pada 20 Julai 2001 selepas kemenangan Kerajaan PAS di Terengganu dalam pilihanraya yang, lalu sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Terengganu beliau telah menjadi salah seorang diantara 17 penerima bintang Datuk Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk termasuk Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Tuan Hj Mustafa Ali.  

Pelbagai pehak mengucapkan tahniah di atas penghargaan yang diberikan oleh Sultan Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu. 

Berusia 87 tahun maseh tetap Istiqamah dalam perjuangan dan beliau dalam keadaan uzur tinggal bersama dengan anak-anak nya di Petaling Jaya. 

 

Nukilan bersama oleh 

Sdr Supian Nordin - YDP PJS

Tuan Hj Kamaruddin Hj Suhaimi - YDP PJU

Sdr Salleh Ishak  -  NYDP PJS

Sdr Abd Rahman   -  NYDP PJU